Saturday, July 4, 2009

bukan untuk dimiliki


kini,ramai di kalangan kita yang gembira dan bangga bile hati telah di miliki atau istilah lain telah ber 'couple'. kita bercinta sesama manusia dengan penuh jiwa raga hingga terabai semua..pasangan kita lah segalanye dan pantang jika dia berpaling tadah atau dirampas orang ketiga kerana kita merasakan dia adalah hak mutlak kita.
Janganlah kita angkuh melaungkan si dia kepunyaan kita atau kita kepunyaan si dia kerana hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapa walau sekeping hati seorang insan. tidakkah kita sedar hukum alam menyatakan menyintai tidak semestinya memiliki?

Manusia pandai berpura berlakon di pentas dunia dan bertopeng menutup rahsia tetapi hati tidak pernah berdusta pada empunya tentang perasaan yang bergolak di dalamnya.
Tidakkah kita sedar mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta pada kita tetapi hati dan perasaannya tidak pernah berniat begitu dan dia hanya berselindung di sebalik sejuta alasan.

Dan kita begitu jujur dan setia menyintainya sehingga terlupa hukum alam menyatakan menyintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki dirimu... dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa tiada sesiapa berhak memiliki diri kita kecuali Dia. Dia mengasihi hambaNya,Dia memiliki hambaNya Dan ke pangkuan Dia kita kembali.
sedarlah wahai pencinta wanita dan si dang setia di luar sana, cintailah yang Maha mencintai melebihi segalanya kerana itulah yang abadi..

No comments:

Post a Comment