Saturday, July 4, 2009

taman firdausi


"TaMaN FirDaUsi....DI SiTuLaH dEStinASi ciNTa yG aBaDi..

ramai diantara kita yang pernah menyebut ungkapan seperti ini tetapi adakah semua yang tahu menyebut itu telah melakukan yang sebaiknya untuk mencapai cinta yang diimpi itu??
kita sebagai hamba yang lemah tidak tahu apa nasib kita di sana kelak tetapi kita mesti terus usaha untuk mencapai matlamat yang di impi itu.

Kta sering diuji dengan pelbagai dugaan yang di luar jangkaan kita untuk menyedarkan kita tahap keimanan kita kepadaNya.janganlah kita bersedih kerana tiap dugaan yang diberi olehNya bertepatan dengan kemampuan kita.ingatlah bahawa kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

sebagai umat islam,kita diberi keistimewaan senjata utama iaitu 'Doa'.doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah.Membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. tidak perlu risau tetapi mesti tenang menghadapi semua..yakinlah dengan tiap2 doa kita dan jangan sesekali berputus asa, tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
have a nice day!!

2 comments: