Saturday, July 4, 2009

Nilai seorang wanita..


Sebenarnye dah lama saya teringin nak menulis blog tapi kini baru berpeluang nak berkongsi pendapat dengan semua. kepada pembaca,saya alu2 kan menghantar komen @ kritikan membina untuk tulisan saya ni. maklumlah,saya budak baru belajar bile salah tolong tunjukkan ek..

pada kali ini saya memilih untuk berkongsi tentang 'nilai seorang wanita'. apa yang berlegar di fikiran kita bila perkataan 'nilai seorang wanita' menerpa di fikiran kita. adakah kita mengagguk atau menggeleng kepala resah memikirkannya..atau ada yang tidak dapat sebarang idea pun di benak fikirannya..

pada zaman 'memandang ke barat' kini, tak dinafikan terlalu ramai manusia yang hidup hanya sekadar mengikut arus yang datang hingga tak terfikir kenapa dan mengapa mereka perlu hidup begitu dan begini. Golongan wanita juga tidak terkecuali dari terkena panahan arus deras ini. Hal ini telah merisaukan golongan banyak pihak.

semua wanita berlumba2 nak mencapai puncak kejayaannya di dunia hingga lupa bahawa wanita itu tetap lah seorang wanita. dari sudut duniawi,wanita kini banyak yang telah mencapai kejayaan yang amat dibanggakan.ini adalah satu berita baik untuk kita di dunia.

tetapi,jika dinilai dari sudut akhirat kelak di manakah nilai seorang wanita kini.? adakah di jamin mendapat habuan yang di banggakan..yupp!!memang tak dinafikan lagi bahawa seseorang wanita itu boleh menggoncang dunia seperti yang digelarkan kepada srikandi islam dahulu,Sumayyah.tapi kita perlu ingat juga bahawa seseorang wanita itu juga boleh mendatangkan bermacam2 maksiat di dunia ini.

terdapat ramai tapi bukan semua wanita di luar sana yang bersenang lenang bergaya tanpa faham atau buat2 tak faham tentang batas pergaulan dan had aurat mereka. sungguh mudah mereka menayangkan tubuh dan rambut mereka. ada yang bergaya memakai tudung pendek dan berbaju ketat lengan panjang,merasakan diri mereka dah cukup cantik tetapi malangnye mereka tidak sedar bahawa menutup aurat adalah menutup kulit dan bentuk tubuh bukannye menutup kulit semata2..

wanita islam kini(bukan semua) telah di hasut dengan fesyen busana muslimah yang kononnya bergaya dan berpahala tapi semua itu hanya mahu melariskan produk sahaja.contohnye tudung eikin,tudung bienda dan lain2 yang kononnye simple dan tutup aurat..adakah tudung itu menepati ciri menutup aurat seperti tidak jarang dan dapat menutupi dada wanita..

tidak dinafikan bahawa nilai wanita kini semakin merosot dan kita mesti sedar supaya tak terus terjunam dan akhirnya ke neraka jahanam. sama2 lah kita saling mengingati agar islam terus di segani oleh agama lain.

No comments:

Post a Comment