Monday, November 16, 2009

Ambil madu tapi jgn hancurkan sarangnya..


Ambillah madu tapi jangan hancurkan sarangnya. Ungkapan ini memang simple tetapi mempunyai pelbagai maksud tersirat yang boleh kita fikir dan renungkannya. Perkara yang nak dikongsikan adalah tentang ‘lemah-lembut’.

Sikap lemah lembut dalam tiap sesuatu adalah perkara yang sangat terpuji. Segala sesuatu yang dilakukan dengan kasar,maka hasilnya akan tidak baik dan tidak akan terlepas dari kritikan dan cemuhan. Lemah lembut terletak senyuman pada wajah dan sapaan yang baik ketika saling berjumpa. Lemah lembut adalah sifat dan ciri orang mukmin.

Dalam apa masalah sekali pun, pasti ada cara untuk menyelesaikannya dan terpulang kepada kita untuk menentukan jalan mana yang terbaik perlu kita ikut. Tak perlu terlalu terburu-buru tetapi berfikirlah sebelum bertindak. Sebagai pemimpin yang baik pun mesti ada sikap lemah lembut ni.

Jadilah kita seperti lebah yang memakan sesuatu yang baik dan menghasilkan sesuatu yang bagus pula. Apabila ia hinggap ke atas bunga-bungaan, maka tidak akan rosak bunga itu.

No comments:

Post a Comment