Monday, November 16, 2009

Bersyukurlah wahai insan..


'bersyukurlah'.. kalimat ini sering kita dengar terutama sekali bila dilanda musibah tetapi adakah kita faham maksud tersirat kalimah itu ataupun sekadar bercakap untuk menasihati dan memujuk hati yang bersedih??

ramai insan di dunia ini diuji dengan bermacam jenis dugaan dan bagi yang dah jauh lari dari landasan Islam, mereka akan merasakan bahawa telah berlaku ketidakadilan kepada mereka apabila diuji.

setiap ujian pasti ada hikmahnya terpulang kepada kita dapat memikirkannya atau tidak. Allah menguji kita kerana sayangkan kita. contohnye apabila seseorang itu diuji dengan penyakit seperti demam panas berpanjangan dan sebagainye,jika kita sabar menghadapinya kesakitan yang dirasa itu dapat menghapuskan dosa2 kecil kita.tak gembirakah kita dengan hal ini??

ada segelintir manusia yang diuji dengan kekayaan dan pangkat tinggi tetapi adakah insan yang kaya raya ni sentisa bahagia dengan kehidupan mereka kerana mereka ada banyak amanah yang perlu dilakukan dengan kuasa dan harta yang di pinjamkan oleh Allah kepada mereka..
hidup kita didunia adalah mudah sekiranya hati kita bersih dan sentiasa mengikut hukum Allah..

sebenarnye Allah menurunkan ujian berbagai bencana adalah samada untuk menguji iman kita ataupun juga sebagai bala di atas salah segelintir dari kita yang mencari kemungkaran Allah..
kini terdapat banyak manusia yang sekadar tertulis Islam di atas kad pengenalan tetapi tiada langsung ciri2 Islam dalam diri mereka.

kita cepat melenting bila orang bercakap -ve tentang Islam tapi tidakkah kita sedar yang perbuatan kita sendiri telah membuatkan mereka bercakap sedemikian..janganlah jadi insan yang ada mata tapi tak cukup celik,ada telinga tapi seperti badak.. buka fikiran luas2 dan fikirlah semua kelemahan diri yang perlu di ubahsuai demi kepentingan agama,bangsa dan negara..

No comments:

Post a Comment