Monday, November 16, 2009

Anugerah teristimewa..


Hati dan perasaan.

Ramai antara kita yang ‘frust giler’ bila kebahagiaan cinta di dunia mereka putus di tengah jalan. Mereka akan nangis dan merayu sepuasnya pada pasangan masing-masing agar hubungan kembali pulih. Dan ada yang lagi ‘advance’ sepenuh hati menyalahkan takdir yang membuat mereka kecewa.

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Sebenarnya kita tidak sedar yang diri sedang diuji dengan sedikit kekecewaan. Mengapa perlu bersedih,sedangkan Allah dah terlalu lama memberi kita gembira tetapi kita sering menyalah gunakan kegembiraan itu. Kita perlu sedar, Allah hanya member pinjam segala yang kita ada sekarang termasuklah ‘pasangan’ yang kita puja sekarang. Kita gembira mendapat pasangan yang baik,jujur dan sering member tunjuk ajar. Kita pasti rasa sayang dan sedih kalau teman itu diambil orang. Sedarlah!! Mungkin pasangan yang baik itu, Allah pinjamkan kepada kita hanya untuk membawa kita ke jalan yang benar. Tak usahlah bersedih tetapi bersyukurlah dan hargailah selagi diberi masa dan kesempatan ni.

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang dia akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai satu balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati kita tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita dan yakinlah bahawa tiap orang telah ditentukan jodohnya. Kita perlu berusaha mencarinya mengikut cara yang betul. Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati kita tersenyum. Dan ingatlah! Rasa cinta kita kepada seseorang tidak bermakna dia adalah menjadi hakmilik kita.

Dalam hidup ini,banyak hubungan yang perlu kita jaga. Semuanya perlu seimbang,jadi selalulah bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa ianya menyakitkan kita fikirkanlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Berapa ramai manusia yang kaya raya,pangkat tinggi,dapat segala yang dikehendaki tetapi tetap rasa tak mencukupi kerana jauh dalam diri mereka masih tidak merasa bahagia. Sebenarnya kebahagian itu terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak akan boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Jaga dan hargailah tiap hati dan perasaan yang ada. Jangan melukakan hati sendiri dan jangan biar hati yang lain dilukai kerana kita selalu nak menghargai perkara yang telah pergi dari kita..

No comments:

Post a Comment