Monday, November 16, 2009

Persepsi tentang MATI..


MATI!!! ajal dan maut semuanya di tangan tuhan tiada seorang pun yang tahu bile,di mana dan macam mana dia mati kelak.. sg sy ada banyak jenis manusia di dunia dan ada beberapa tahap iman seseorang..

jadi,akan ada banyak cara dan pandangan orang tentang kehidupan dan kematian.lagi tinggi tahap keimanan seseorang lagi kuatlah tahap getaran di hati mereka bila mendengar atau memikirkan tentang kematian dan begitu juga sebaliknya..

ada sesetengah orang akan berfikir tentang kematian melalui pandangan mata hati yang sememangnya mendapat pandangan mata hati yang baik bagi yang berhati bersih..sesetengah daripada kita akan berfikir melalui akal fikiran yang dah tentu sebagai manusia sentiasa tidak mencukupi ilmu pengetahuan dan tidak dapat berfikir semua perkara dengan baik sokmo,ada yang suka berfikir positif dan ada yang sering berfikiran negatif..dan ada antara kita yang berfikir melalui pandangan mata..apa yang mereka lihat,mereka akan cari sebab dan akibat untuk tiap kejadian dan perbuatan mereka..ini terpulang pada individu itu sendiri,ada yang salah membuat perhitungan dan andaian dan ada yang mampu mentafsir maksud tersirat untuk semua yang dilihatnya..

bagaimanakah persepsi kita tentang kematian itu??berfikirlah sejenak dan bermuhasabahlah sebaiknya kerana kita pasti akan mengalami mati..akhir sekali, hidupkanlah mati dengan mengingati mati..

No comments:

Post a Comment