Monday, November 16, 2009

salahkah aku terlalu mencintaimu..


salahkah aku terlalu mencintaimu??
inilah persoalan yang sering bermain di fikiran insan2 yang sedang bercouple dan berada dalam dilema apabila bercouple itu adalah haram di sisi Islam.
dalam Islam.tiada istilah kawan atau teman tapi mesra di antara lelaki dan perempuan kerana di tengah antara keduanya akan terselit lembaga halus bertanduk yang digelar syaitan..

kebanyakkan antara kita sedar hakikat ini cuma sebagai manusia,kita sering mencari alasan untuk menghalalkan atau membela diri dari dituduh sebagai pesalah..akal yang diberi pinjam kepada kita sering disalah guna kerana kita berusaha mencari jalan memutar belitkan hukum Allah.

kepada kalian yang berada dalam dilema, ayuh!!sedarlah anda..yakinlah dengan perubahan kepada yang baik itu..perasaan sayang yang ada dalam diri kita ni pun hanya pinjaman dari Nya dan akan ditarik bila2..tapi jelas terang lagi bersuluh bahawa Cinta kepada Allah akan terus abadi yakni cinta hakiki..

banyak lagi cara halal untuk kita menunjukkan sayang kita pada seseorang dan cara inilah yang akan membawa kita ke arah sayang berpanjangan.. fikir sejenak dan muhasabah diri kita semula..sifat berkasih sayang itu memang diberi oleh Allah kepada kita tetapi kita lah yang mesti mendidik sayang itu agar tidak melebihi batas..

1 comment:

  1. tak salahkan kalau kita mencintai insan??
    Allah dah berikan kita hati, perasaan untuk disayangi dan menyayangi......
    asalkan niat dan perbuatan kita ini dipelihara..
    betul tak......biarlah cinta dalam hati ni pada dia xmelebihi cinta ku pada yang ESA....
    cinta itu indah....bila bertemu dan berpisah kerana ALLAH.....

    ReplyDelete